My photo
things i can describe bout myself: hardheaded, fun, love to make friends, simple, hardheaded, metalheads, loud, lousy sometimes, movies addiction, non-smoker, funny, straight edge, outspoken, dreaming a lot, love eating, cute, fat, love being myself. i wanna be what i want to be... i don't care wat kind of hardships i will face in my future.... I WILL FIGHT TILL MY LAST DROP OF BLOOD!!!

Suara dari seorang RAKYAT MARHAEN kepada ADUNNYA

Aq dilahirkan di MUAR, dibesarkan di MUAR dan INSYAALLAH ku ingin berbakti di MUAR. Namun begitu, aq sebagai seorang rakyat biasa, mempunyai satu kuasa dan keinginan untuk memastikan tempat tumpah darahku maju dan permai. Alhamdulillah kerajaan negeriku yang ditadbir oleh kerajaan BARISAN NASIONAL mampu memajukan daerah ku dengan jayanya sekali. tidak lah semaju kuala lumpur or petaling jaya, namun segala-galanya ada tanpa menjejaskan sedikit pun alam ciptaan tuhan ini. tahap sosioekonomi penduduknya semakin lama semakin meningkat. aq bersyukur sangat.

Namun begitu selepas PRU 13 tahun sudah, kedudukan BArisan NAsional yang aku sokongi agak tergugat hasil daripada penyatuan parti-parti pembangkang yang membentuk pakatan rakyat. Rakyat negeriku terasa pijarnya juga kerana beberapa kawasan parlimen dan ADUn yang dahulunya dikenali sebagai kubu kuat BARISAN NASIONAL tewas kepada pakatan rakyat. Ini termasuklah kawasan ku iaitu PARLIMEN BAKRI yang jatuh pada tangan DAP dan ADUN SG ABONG yang jatuh pada tangan PAS.

Punca jatuhnya BN di kawasan aku tidak perlu aku beritahu disini. yang penting nya sekarang ini adalah mesej ku kepada ADUN kawasan SG ABONG MUAR iaitu YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM.

Sepanjang dua tahun ini, terus terang saya mengatakan disini bahawa tidak ada sebarang perubahan yang YB lakukan sepanjang Yb menjadi wakil rakyat disini. Saya tertanya-tanya dimanakah Yb sebenarnya. adakah Yb ini wakil rakyat bagi penduduk kawasan tempat saya tinggal?? sebagai contoh kami tidak pernah melihat Yb menghadiri majlis-majlis yang diadakan oleh penduduk tempatan walaupun dijemput? at least ada menghantar seorang dua wakil... itu sudah cukup bermakna bagi kami kerana kami merasa dihargai.

Adakah Yb menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan jujur dan ikhlas??? adakah Yb menjalankan tugas yang diamanahkan? namun begitu bagi saya sebagai penduduk dan pengundi di kawasan ini merasakan yang Yb seperti ORANG BUTA. Yb tidak turunpadang melihat kawasan Yb. Jalanraya rosak berlubang Yb buat macam tidak nampak. Baru-baru ini saya membuat aduan di blog rasmi Yb namun tiada susulan dibuat. Mungkin apabila membabitkan nyawa pengguna baru lah Yb nak bergerak yea???



saya lihat Yb lebih banyak menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh Parti Yb sendiri. Yb tidak menghiraukan apa yang terjadi pada kawasan Yb. Yb fikirkan, jika tidak ada kami sebagai pengundi di kawasan Yb, Yb tidak akan merasa apa yang Yb rasa sekarang ini.. Yb pemimpin yang baik sentiasa mengutamakan rakyat nya bukan kepentingan peribadi Yb.


BERKATA AQ DALAM DIAM!!!

Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment

Waktu Malaysia

Incubus - love hurts

Followers