My photo
things i can describe bout myself: hardheaded, fun, love to make friends, simple, hardheaded, metalheads, loud, lousy sometimes, movies addiction, non-smoker, funny, straight edge, outspoken, dreaming a lot, love eating, cute, fat, love being myself. i wanna be what i want to be... i don't care wat kind of hardships i will face in my future.... I WILL FIGHT TILL MY LAST DROP OF BLOOD!!!

THE TRUTH ABOUT JOHORIAN








1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk... Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk ? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi.

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUO. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".Contoh : Aku kena pakai seluo beso untuk main bola kat Muo besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESO ? Slipper , SLIPPO ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampo (penampar), ulo (ular), pago (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang2 orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.
(Did you see Majalah 3 the other night - see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha... . that is exactly my point!)

5. Diorang ada ENDUT. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa... kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok... . Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them. Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock . Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku !

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!

Kamus Johor : Bongok - bodoh Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ? Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina. Berendut - berpasangan. Pergi berendut - dating. Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh. Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ). Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.



BERKATA AQ DALAM DIAM
Category: 0 comments

AQ SECARA RASMI MENJADI AHLI UMNO SEUMUR HIDUP... YEAHHHHH!!!



NI GAMBA ARWAH NENEK AQ, MASA KEJE KAWIN SEPUPU AQ YANG SULUNG. ABG AKMAL DENGAN KAK NURUL....


Td siang secara rasminya aq menjadi ahli UMNO seumur hidup bersama adik kesayanganku... Actually surat tu dh lama dah ada kat umah ni. aq rase since last sem kot. mase cuti panjang ari tu surat suruh bayar kat pejabat UMNO dh sampai dah kat umah aq. cuma aq xmenyempat dan memalaskan diri nak pegi.. it's all start bile UMNO bukak laman web untuk pendaftaran secara online ahli UMNO.... sekaligus mengikut seruan arwah nenek aq yang mmg suruh anak cucu cicit die masuk UMNO... arwah nenek aq HJH BASTIAH BTE ABD KARIM merupakan ketua wanita UMNO bahagian BATU PAHAT.... gle well known arwah nenek aq... aktif mase die ade dulu... dengan RISDA la, KEPAK la, ape la... mmg respek la aq tgk arwah ni... even mase sakit dlu pon sanggup keluar naik motor doing this kind of activities... so as cucu kesayangan arwah aq akan meneruskan kesinambungan arwah dlu untuk masuk UMNO dan aktif dalam UMNO... Insyaallah kalau ade rezeki aq nak bertanding bagi ADUN SG ABONG as wakil rakyat tempat ni... i hope i could make it soon....

Ingat lagi pesan arwah nenek aq... BIAR KITA MAKAN RUMPUT SEKALIPUN, JANGAN KITA MEMBENCI KERAJAAN WALAUPUN KENGKADANG ADA KECACATAN DALAM PENTADBIRAN... xde satu kerajaan dalam dunia ni yang perfect... bersyukur terhadap apa yang kita ada dan kita capai... ALHAMDULILLAH.. bukan senang nak memuaskan hati banyak pihak... betul x???



BERKATA AQ DALAM DIAM
Category: 0 comments

Anwar Penipu no 1 MALAYSIA??? biar BETOL???

Siapa yang lupa pada janji Anwar untuk "merampas" Putrajaya pada 16 sept 2008. Siapa pula yang sudah lupa dengan kisah Anwar bersama barisan 30 ahli parlimen katak-kataknya.

Semua dongeng-dongeng ini bakal tersemat didalam lipatan sejarah politik Malaysia dan bakal diperturunkan kepada anak cucu kita pada masa depan. Mungkin ketika itu Anwar akan dinobatkan penglipurlara terbaik setaraf dengan nama Awang Batil dan juga Pak Ku Shadat di ketika ini.
Ada perumpamaan Inggeris yang mengatakan bahawa "seorang penipu hanya akan melihat orang lain sebagai penipu sepertinya juga". Itulah yang amat bertepatan dengan keperibadian Anwar Ibrahim.

Berucap ketika memberi ucaptama di Konvensyen PKR Negeri Pulau Pinang di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) semalam, Anwar menasihatkan rakyat agar tidak tertipu dengan perwatakan baik oleh kerajaan Umno/ Barisan Nasional. Anwar mempertikaikan usaha pemberian wang ehsan kepada rakyat Kelantan dan juga usaha murni kerajaan membebaskan tahanan ISA yang dilihatnya sebagai lakonan dari DS Najib.

Ucapan Anwar di konvensyen tersebut juga dilihat sebagai kerisauannya diatas pergolakan yang berlaku didalam Pakatan Pembangkang sekarang ini. Anwar juga cuba berselindung dengan menuduh segala kemelut didalam Pakatan Rakyat adalah usaha dan tindakan dari Umno/Barisan Nasional yang cuba melaga-lagakan kepimpinan parti pembangkang itu. Ini menurut Anwar, supaya rakyat memandang sinis terhadap corak pemerintahan Pakatan pembangkang.

Tema konvensyen PKR yang bertajuk "Menggilap Harapan Rakyat" itu sepatutnya ditukar kepada "Tiada lagi Harapan Dari Rakyat" kerana tiada satupun ucapan yang berasaskan kepentingan rakyat melainkan hanya retorik politik peribadi Anwar sahaja. Ini boleh dilihat jelas sewaktu Johari Abdul selaku Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membentangkan ucapan bertajuk "Menuju Putrajaya" yang dipenuhi dengan "ayat kipas" untuk Anwar Ibrahim. Itu belum lagi di kira ucapan dari Tian Chua dan juga Setiausaha PKR pusat, Salehudin Hashim.

Jika Anwar mahu melabelkan kerajaan pimpinan DS Najib sebagai penipu rakyat, sepatutnya Anwar bersedia untuk diludah oleh rakyat berikutan rentetan kisah penipuannya yang tak pernah bernoktah. Sejak dari dalam tahanan di Sg Buloh lagi Anwar telah menonjolkan sifat MUNAFIK nya apabila menuduh kerajaan menyuntik racun arsenik ke tubuhnya.

Ini diikuti dengan lakonan bertaraf cerita tamil apabila Anwar menyorok didalam Kedutaan Turki kononnya akibat ugutan bunuh dari agen-agen kerajaan. Anwar juga tanpa rasa bersalah meneruskan sifat MUNAFIK nya dengan membohongi rakyat dengan kisah tersohornya iaitu janji MENAWAN PUTRAJAYA atau lebih popular dengan ungkapanJANJI 16 SEPT.

Tentunya penduduk-penduduk Kg Buah Pala juga tak akan lupa hingga ke akhir hayat mereka terhadap penipuan Anwar berkenaan dengan pengekalan Kg halaman mereka. Manakala masyarakat yang mengundi Pas di Permatang Pasir juga terkedu dengan PENIPUAN Anwar untuk menjadikan Salleh Man sebagai YDP MAIPP.

Ini semua membuktikan bahawa lidah Anwar bukan sahaj setakat bercabang dua, malahan lidah MUNAFIKnya mungkin telah bercabang seperti daun kelapa.

Anwar sendiri merupakan pencetus kepada perhimpunan jalanan, pakar merancang konspirasi menjatuhkan lawan, "godfather" kepada perasuah, "master" penipuan, "sifu" penyelewengan, "mahaguru" mempermainkan sistem kehakiman dan juga "diktator" kuku besi didalam organisasi politik yang dijalankan.

Sampai bila dapat Anwar Ibrahim bertahan mempertahankan tabiat buruk yang dimilikinya dengan tipu helah dan dengan menuduh serta memfitnah orang lain demi mempertahankan dosa dosa yang dia sendiri telah lakukan.

Tidak lama lagi Anwar akan menempuh perjalanan yang sukar dan merungsing kan apabila kes liwat nya dengan Saiful akan dibicarakan , Anwar tidak perlu menutup kes ini dengan kes Altantuya atau apa saja fitnah buat DS Najib untuk mengalihkan fokus rakyat.

Kali ini Anwar pasti akan tersungkur di muka pengadilan. Lama mana Anwar mahu berdalih serta berhelah untuk mengelakkan perbicaraannya. Sehari dua , mungkin boleh terlepas. Langit tidak selalu cerah , sepandai pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.

sumber - mykmu
Category: 0 comments

mak abang nak balik!!!

hehehe malam ni aq balik muwo... ala nanti 16 hb aq datang la balik... bosan la dok sni... kalo dok sini belaja makanan akan menjadi double sebab exam week ni perut aq sentiasa lapar... jadi untuk menjimatkan belanja aq balik laaa.... bas kul 10.30 naik bas MAYANG SARI straight smpai kampung halamanku MUAR JOHOR.... hehehehhee

BERKATA AQ DALAM DIAM...
Category: 0 comments

Cian kat abah .... HURMM....

Semalam dapat message dari Salleh mengatakan bahawa kete aq yang eksiden ari tu dh dituko sport rim.... haahaha gile hepi.... yela dapat sport rim kan.... salleh siap kirimkan gamba bentuk sport rim tu.... xsabar rase nye nak tgk keadaan kete aq yang baru selepas eksiden kat ampang ari tu.... ape jadi xtau la... mama ckp td elok je bentuknya.... cantik... ntah yea ntah tidak... yela beribu duit insurans terbang nak betulkan keta tuh... memang la kete buruk tapi aq sayang sesgat. yela kete sendiri kan.. xsabar nak balik sok nak tgk keadaan kete kesayangn...

aq tanya mama td kenapa abah belanja sampai 10k semalam. dgr cite nak renovate umah? sebab ape? mama cite yang abah geram dengan org sebelah. kete baru abah tergarit. kene pagar umah sbb parking ikut sesuka ati die. bile dipanggil wat bodo jek.. gile geram

aq dh banyak kali kene.. aq penah jek sound bapak jiran sebelah aq. aq nak kuar.. leh plak die parking kete belakang kete aq... aq nak kuar cmne.. kite hidup berjiran timbang rase la skit... aq sound kat bapak die.. org tua tu leh wat bodo and just jenguk kat tingkap jek... ikut rase hati aq nak langgar jek kete die.. pg la mampos...

so smlm abah jumpe org kontrak nak wat pagar ngan bangsal baru... 8000 gak la org tua tu abis... kuarkan duit ASB die... baru ari tu die berangan nak beli tanah kat area muar... xpela abah sabar jek... duit leh dicari... ape nak wat.. malas nak memasam muka... owg bodo cmtu akan dapat pembalasan gak satu ari nanti. tgk la.... pasni kalo diorang wat hal lagik... AQ AKAN LANGGAR JEK KETE ORG SEBELAH TU... PEGI LA MAMPOS!!!!


BERKATA AQ DALAM DIAM...
Category: 0 comments

SAPA YANG GENTAR???

Anwar Ibrahim dalam blognya hari ini menemplak pasukan pandakwa sebagai gentar kerana berjaya mendapatkan perintah mahkamah agar tidak menyerahkan semua dokumen, litar CCTV, nota-nota perubatan dan sample DNA Mohd Saiful Bukhari (saksi utama.

Kata Anwar yang kononnya seorang panglima yang sangat berani, "Nah sudah terang lagi bersuluh kepada kita, siapa sebenarnya yang melengah-lengahkan proses perundangan dan pembicaraan. Mengapa gentar untuk membenarkan pasukan pembela saya memeriksa bahan bukti dan rakaman video litar? Barangkali takut muslihat jahat didedahkan; pecah tembelang membusuk dan memualkan"

Sekarang Anwar sudah dapat apa yang dikehendakinya, melakukan bicara dalam bicara, sebelum sebutan kes. Saiful pun dapat apa yang dikendakinya, tidak mahu membenarkan semua bukti-buktinya diserahkan sebelum sebutan kes dimulakan. Kedua-duanya dapat apa yang dikendakinya.

Sekarang masa untuk untuk memulakan bicara.Kes bakal disebut 23 November ini. Tetapi beranikah Anwar ?

Siapa sebenarnya gentar ? Anwar atau Saiful ?

1. Mahkamah Tinggi sebelum ini telah menetapkan 1 - 23 Jun sebagai sebutan kes. Tetapi sebelum sebutan kes dimulakan, Anwar telah memfailkan permohonan meminta dokumen terlebih dahulu, sehingga pra-perbicaraan meleret-meleret sampai ke hari ini. Siapa yang gentar ?

2. Sebelum sebutan kes bermula, Anwar memfailkan satu lagi permohonan agar kes ini digugurkan, hingga terpaksa dibicarakan hujah-hujah kenapa perlu gugur dan tidak perlu gugur. Siapa yang gentar ?

3. Belum pun sempat pihak pendakwa mengemukakan bukti-bukti Anwar seorang peliwat, Anwar memfailkan satu lagi permohonan agar barisan pihak pendakwa digugurkan daripada mengendalikan kes Saiful. Siapa yang gentar ?

4. Saiful telah menyatakan kepada media bahawa dia bersedia bila-bila masa untuk memberi keterangan di mahkamah, tetapi Anwar sentiasa mencari alasan demi alasan agar kes ini tidak dibicarakan di mahkamah. Siapa yang gentar ?

5. Saiful Bukhari dengan beraninya telah bersumpah 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi' bahawa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya, jika saya berbohong maka Allah akan laknatkan diri saya.. Sumpah dilakukan di Masjid Wilayah pada tahun lepas. Tetapi hingga ke hari ini Anwar tidak berani bersumpah dengan menyebut perkara yang sama. Siapa yang gentar ?

6. Sulaiman Abdullah, ketua pasukan penguambela Anwar telah menarik diri serta merta apabila ditunjukkan bukti-bukti oleh pihak pendakwa. Kenapa Sulaiman Abdullah meletak jawatan secara tiba-tiba. Siapa yang gentar ?

7. Pasukan pendakwa hanya diwakili oleh tujuh orang, berbanding dengan pasukan peguam bela yang asalnya sembilan orang. Apabila ketuanya (Sulaiman Abdullah) menarik diri, Anwar menambah tiga lagi pasukan peguamnya menjadikan kesemuanya 12 orang. Pendakwa hanya diwakili tujuh orang, pasukan penguam bela Anwar, 12 orang. Siapa yang gentar ?

8. Anwar seperti yang dilaporkan oleh Majalah The Economist, bukan setakat seorang yang berwatak binatang, 'Chameleon', tetapi turut meminta simpati dengan Menteri Luar Australia dalam menghadapi kes liwatnya. Siapa yang gentar sebenarnya ?

Sekarang rakyat Malaysia sudah muak dengan 'drama' demi 'drama' yang diciptakan Anwar. Kalau Anwar seorang anak jantan, sila hadapi kes liwat ini secara jantan di mahkamah. Tiada lagi alasan.

Lawan Tetap Lawan!

Category: 0 comments

Pasukan Bola Sepak Johor

AQ RASE NI GAMBA MASE JOHOR MENANG LIGA SEMI PRO MENGALAHKAN SELANGOR 3-1.. DALAM GMBR (ERVIN BOBAN)



CITER DULU:-

Td berbaring diatas katil termenung mengenangkan kenangan semasa sekolah dulu... semasa kecik... sedang aq berbaring di atas katil aku dikejutkan oleh rakanku yang sedang menonton video-video perlawanan bola sepak pasukan KEDAH... ia mengingatkan aq kembali pada kenangan aq mase zaman skola dulu.. obses teramat terhadap pasukan JOHOR.. negeri kesayanganku... sanggup tido lambat, baring sebelah radio semata-mata nak dengar siaran langsung bola sepak pasukan JOHOr yang dimainkan oleh RADIO 3 JOHOR BAHRU (10.19 FM, 10.53 FM)... skang ni radio ni dipanggil JOHOR FM....

Pemain-pemain lagenda mase tu seperti IDRIS KARIM, ROSDEE SULONG, AZMIL AZALI, ABBAS SAAD, ERVIN BOBAN, DOLLAH SALLEH, DARREN STEWART, MILAN BLADGOVIC sentiasa bermain di fikiranku... dulu kalau johor menang je match soknya aq hepi jek... especially dulu JOHOr memang saingan kuat ngan SELANGOR.... kalo kalah moody jek sepanjang hari.... kat skola bangga citer kalo JOHOR menang.... sweet sngt mase tuh...

CITER SKANG:-

aq skang ni xbape nak bangga sangat dengan bola sepak JOHOR ni... penat dah menunngu... setiap tahun sama je... cuma yang boleh diharap hanya JOHOR FC.... tapi JOHOR FC adalah kelab... yang aq mahukan pasukan bola sepak negeri.. sesuatau yang boleh dibanggakan...kali terakhir seinngat aq, piala yang dimenangi JOHOR adalah PIALA FA... di penghujung tahun 90 hingga 2000 (maaf tahun xingat).. namun skang tiada piala dan selalu tewas tidak kira di tmpt sendiri atau tmpt lawan....

diharap pihak PBNJ dapat melakukan sesuatu... ari tuh pon kat surat kabar mengatakan ada masalah kejurulatihan semasa menghadapai KEMPEN PIALA MALAYSIA... kenapa ni??? xkan PBNJ xmampu nak setelkan masalah ni.... aq berharap pihak PBNJ berbuat sesuatu agar kegemilangan bola sepak JOHOR dikembalikan.....


BERKATA AQ DALAM DIAM...
Category: 0 comments

BILA SI BODO SEBUT PASAL HAL ORG MELAYU...


Aq baru jek terbaca kat blog kat anwar ibrahim blog yang menyiarkan tentang 20 pengkhiantan umno terhadap orang melayu... nak kate marah.. leh jugak la... tp dalam mase yang sama aq tersenyum sumbing terhadap apa yang dikatakan oleh beliau itu. artikel ini diambil dari harakah daily...kat cni aq nak komen skit. ini adalah pandangan aq yang merupakan seorang pemerhati dan seorang rakyat yang marhaen.....

antara kesalahan yang dilakukan UMNo adalah melemahkan institusi kedaulatan raja2... cbe kita fikirkan apa yang terjadi di perak bebaru ini. golongan manakah yang mengambil kesempatan. adakah orang-orang dari UMNO.. siap memohon sembah derhaka... siap baring atas jalan nak halang sultan... sape yang amik kesempatan... usah la menuduh.. lihat diri tu... bagi aq mase DR M menarik balik keistimewaan keatas raja2 adalah wajar ini kerana jika kita lihat dari sejarah dan segala apa yang terjadi boleh lah kita jadi pengajaran. setiap benda dalam dunia ni ada batasnya.

seterusnya menarik geran untuk SAR... ape kebende ni... SAR sepatutnya tmpt mendidik anak2 mendekati ilmu agama... namun disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik mereka.. fikiran anak-anak diracuni dengan dunia politik yang sedia ada kotor dan juga penuh dengan korupsi.... mengajar anak2 supaya membenci kerajaan, namun apabila dalam kesusahan kesempitan, kerajaan juga tmpt utk mengadu masalah...

memperkenalkan meritokrasi... bila aq baca mende ni aq gelak sampai guling2... ape ke bodo laaa org wat mende alah ni... xpk langsung.... meritokrasi adalah perkara yang bagi aq sangat penting... bukan kerana apa, dalam persaingan globalisasi yang semakin sengit, xkan kita nak ketinggalan masih lagi ditakuk lame dengan mengharapkan subsidi dan juga kuota... apa ni beb... bangsa lain maju kedepan kita di masih takuk lama... bagi aq ia xmenghalang pelajar berbangsa MELAYU... untuk mengejar cita2 mereka.. bukan melayu ni xpandai. cuma MALAS..... harap sume nak disuap....

memperkenalkan ptptn... hahahaha... biar aq gelak dulu... haaa kalo xde ptptn sape nak tanggung anak2 korang belajo kat u... pk la beb.... ingat duit mak bapak banyak sangat ke... nak mintak biasiswa ingat senang... kene betol2 cemerlang... kalo x... jangan harap... yang xcemerlang dalam pelajaran tapi berjaya masuk universiti apa jadik... bukan sume datang dari keluarga senang.... jadi ptptn la menolong diorang hidup kat u ni.... makan, buku2 sape nak tanggung... BODO!!!

ZON PERDAGANGAN BEBAS ISKANDAR.... hahahhaa.... aq org johor aq tau la..... apa anwar ibrahim tau tentang johor.... tau x dh bape banyak WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR MEMBAWA KEUNTUNGAN KEPADA MALAYSIA.... wilayah pembangunan iskandar merupakan wilayah pembangunan yang paling cepat membangun jika dibandingkan dengan wilayah pembangunan lain... dengan tertubuhnya NUSAJAYA... tgk skang apa jadi.... JOHOR BAHRU telah mengatasi PULAU PINANG sebagai bandaraya kedua terbesar di MALAYSIA....

mengkhianatai rakyat negeri PERAK dengan merampas negeri tersebut dari tangan mereka... helo dalam undang2 tubuh negeri telah mengatakan sultan berhak membubarkan ADUN... masalahnya korang sendiri yang xreti jaga ADUN korang padan la muka... dh kalah xleh terima kekalahan.... bodo!!!!


bile aq baca balik sume bende... nampak sangat nak mendedahkan aib org lagi, pekung orang lain.... namun pekung didada sendiri, xnampak....

BERKATA AQ DALAM DIAM...

Category: 0 comments

Penyakit orang melayu 1

EHHH... BUKAN KE DIE NI PETAI MAJALAH APO NGAN UJANG TU...


hmm.... kat sini aq nak citer skit penyakit-penyakit org melayu yang besenye menjangkiti bangsa kite ni... penyakit ni bukan leh sembuh kalo pegi jumpe doktor ke, jumpe sensei ke, jumpe bomoh ke, jumpe sesapa la. sebab yang leh menyembuhkan penyakit ni adalah diri kita sendiri. diorang ni xde kene mengena. ntah2 diorang pon ade penyakit ni tp berangan nak menyembuhkan org. siap bagi air penawar la, hembus dalam air la ape la.... ape kes. mana la tau tok bomoh tu ade penyakit tibi lagi haru... penyakit len plak yang sampai... btw mari kita sama renung-renungkan tentag hal ni...

PENYAKIT-PENYAKIT ORG MELAYU:

1. Xnk menerima perubahan. sometimes perubahan itu baik untuk kita, tapi lebih prefer to live in the same old way.
2. PEmalas. ni la penyakit yang paling ketara skali. aq pon xtau la apa nak wat. tgk bangsa lain berlumba2 mengejar kemajuan. alasan yang slalu didengar adalah disebabkan, terlalu dikongkong oleh agama. islam tidak menghalang kemajuan guyz.
3. suka mengharapkan balasan orang. asal wat keje skit, nak balasan, xpenah nak ikhlas. apa salahnya kalau wat satu bende tu ikhlas.
4. Yang remeh didahulukan, yang penting dibelakangkan. suka wat bende2 yang xpenting dulu, then bile bende yang penting tu dh terdesak nak diwat baru la nak wat..
5. Pemikiran jumud. lebih kurang macam xnk menerima perubahan laaaa....
6. terlalu taksub terhadap sesuatu org atau benda.
7. hasad dengki... dh bese la ni... pantang nampak org maju skit, bomoh sana bomoh sini pakai bomoh siam la ape la
8. bersangka buruk. yang ni mmg slalu. apa salahnya kalo bersaing tu bersaing dengan sihat.
9.Tak sedar diri. kengkadang org melayu ni xsedar diri... bak kata orang kalo nak wat sesuatu tu ukur la baju pada badan sendiri.
10. MELAYU SUBSIDI. istilah ni abah aq yang bagi. melayu jenis ni hanya tau mengharap kat kerajaan. xpenah nak usaha untuk ubah diri sendiri. tapi kerajaan pon silap, bagi sangat huhuhuhu.....

*NANTILA KALO ADE PENYAKIT LAIN, AQ BAGITAU, STKT NI, NANTI AQ UPDATE LAGI YEA....
Category: 0 comments

First post...

Sebelum ni pon aq memang dh ade blog. Tp blog tuh aq wat ngan awek aq. Jadik aq xla heran sangat. HEheheheh... Still dalam pembikinan lagi blog ni... Tp, mungkin aq akan masukkan post-post yang baru. Mende-mende yang terjadi kat diri aq ari-ari, if aq ade mase la, xpon mungkin view aq pasal sesuatu hal atau kejadian yang berlaku. Btw kat bawah ni aq pye biodata:







NAMA: MOHD RAFIQ BIN MUJILAN
UMUR: 23 TAHUN
NAMA PANGGILAN: FIQ, RUFF,HUBBY (HANYA MUCUX JE LEH PANGGIL) RAFIQ, ABANG (KAT UMAH),
MAMIT ( ADIK AQ PANGGIL- TERMS NI DIA DAPAT MANA TAH)
BILANGAN ANAK: BILE PLAK AQ ADA ANAK, AQ ANAK SULUNG DAN LOM KAWIN... BODO BETUL...
STATUS: SINGLE BUT NOT AVAILABLE
HOBI: MAKAN, TGK CITE, DENGO LAGU, MEN GAME, NGETEH, BUANG AIR, TIDOR, LOMPAT-LOMPAT
MACAM MONYET KALO DENGO LAGU
MAKANAN KEGEMARAN: AQ NI MEMILIH SKIT, KALO BENDE2 PELIK AQ XMAKAN
MINUMAN KEGEMARAN: ALA KALO HAUS AQ TELAN JE SUME
MUZIK KEGEMARAN: METAL ( SUME JENIS METAL), ROCK KAPAK, NASYID PON AQ LAYAN...
CITA-CITA: MENGURUSKAN BADAN SUPAYA DIRI INI RAMPING SEPERTI DULU....
PEKERJAAN: BELAJO, TERPAKSA MENGEPAU DUIT MAK NGAN ABAH... CIAN DIORANG...
Category: 0 comments

Waktu Malaysia

Incubus - love hurts

Followers