My photo
things i can describe bout myself: hardheaded, fun, love to make friends, simple, hardheaded, metalheads, loud, lousy sometimes, movies addiction, non-smoker, funny, straight edge, outspoken, dreaming a lot, love eating, cute, fat, love being myself. i wanna be what i want to be... i don't care wat kind of hardships i will face in my future.... I WILL FIGHT TILL MY LAST DROP OF BLOOD!!!

Anwar Penipu no 1 MALAYSIA??? biar BETOL???

Siapa yang lupa pada janji Anwar untuk "merampas" Putrajaya pada 16 sept 2008. Siapa pula yang sudah lupa dengan kisah Anwar bersama barisan 30 ahli parlimen katak-kataknya.

Semua dongeng-dongeng ini bakal tersemat didalam lipatan sejarah politik Malaysia dan bakal diperturunkan kepada anak cucu kita pada masa depan. Mungkin ketika itu Anwar akan dinobatkan penglipurlara terbaik setaraf dengan nama Awang Batil dan juga Pak Ku Shadat di ketika ini.
Ada perumpamaan Inggeris yang mengatakan bahawa "seorang penipu hanya akan melihat orang lain sebagai penipu sepertinya juga". Itulah yang amat bertepatan dengan keperibadian Anwar Ibrahim.

Berucap ketika memberi ucaptama di Konvensyen PKR Negeri Pulau Pinang di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) semalam, Anwar menasihatkan rakyat agar tidak tertipu dengan perwatakan baik oleh kerajaan Umno/ Barisan Nasional. Anwar mempertikaikan usaha pemberian wang ehsan kepada rakyat Kelantan dan juga usaha murni kerajaan membebaskan tahanan ISA yang dilihatnya sebagai lakonan dari DS Najib.

Ucapan Anwar di konvensyen tersebut juga dilihat sebagai kerisauannya diatas pergolakan yang berlaku didalam Pakatan Pembangkang sekarang ini. Anwar juga cuba berselindung dengan menuduh segala kemelut didalam Pakatan Rakyat adalah usaha dan tindakan dari Umno/Barisan Nasional yang cuba melaga-lagakan kepimpinan parti pembangkang itu. Ini menurut Anwar, supaya rakyat memandang sinis terhadap corak pemerintahan Pakatan pembangkang.

Tema konvensyen PKR yang bertajuk "Menggilap Harapan Rakyat" itu sepatutnya ditukar kepada "Tiada lagi Harapan Dari Rakyat" kerana tiada satupun ucapan yang berasaskan kepentingan rakyat melainkan hanya retorik politik peribadi Anwar sahaja. Ini boleh dilihat jelas sewaktu Johari Abdul selaku Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membentangkan ucapan bertajuk "Menuju Putrajaya" yang dipenuhi dengan "ayat kipas" untuk Anwar Ibrahim. Itu belum lagi di kira ucapan dari Tian Chua dan juga Setiausaha PKR pusat, Salehudin Hashim.

Jika Anwar mahu melabelkan kerajaan pimpinan DS Najib sebagai penipu rakyat, sepatutnya Anwar bersedia untuk diludah oleh rakyat berikutan rentetan kisah penipuannya yang tak pernah bernoktah. Sejak dari dalam tahanan di Sg Buloh lagi Anwar telah menonjolkan sifat MUNAFIK nya apabila menuduh kerajaan menyuntik racun arsenik ke tubuhnya.

Ini diikuti dengan lakonan bertaraf cerita tamil apabila Anwar menyorok didalam Kedutaan Turki kononnya akibat ugutan bunuh dari agen-agen kerajaan. Anwar juga tanpa rasa bersalah meneruskan sifat MUNAFIK nya dengan membohongi rakyat dengan kisah tersohornya iaitu janji MENAWAN PUTRAJAYA atau lebih popular dengan ungkapanJANJI 16 SEPT.

Tentunya penduduk-penduduk Kg Buah Pala juga tak akan lupa hingga ke akhir hayat mereka terhadap penipuan Anwar berkenaan dengan pengekalan Kg halaman mereka. Manakala masyarakat yang mengundi Pas di Permatang Pasir juga terkedu dengan PENIPUAN Anwar untuk menjadikan Salleh Man sebagai YDP MAIPP.

Ini semua membuktikan bahawa lidah Anwar bukan sahaj setakat bercabang dua, malahan lidah MUNAFIKnya mungkin telah bercabang seperti daun kelapa.

Anwar sendiri merupakan pencetus kepada perhimpunan jalanan, pakar merancang konspirasi menjatuhkan lawan, "godfather" kepada perasuah, "master" penipuan, "sifu" penyelewengan, "mahaguru" mempermainkan sistem kehakiman dan juga "diktator" kuku besi didalam organisasi politik yang dijalankan.

Sampai bila dapat Anwar Ibrahim bertahan mempertahankan tabiat buruk yang dimilikinya dengan tipu helah dan dengan menuduh serta memfitnah orang lain demi mempertahankan dosa dosa yang dia sendiri telah lakukan.

Tidak lama lagi Anwar akan menempuh perjalanan yang sukar dan merungsing kan apabila kes liwat nya dengan Saiful akan dibicarakan , Anwar tidak perlu menutup kes ini dengan kes Altantuya atau apa saja fitnah buat DS Najib untuk mengalihkan fokus rakyat.

Kali ini Anwar pasti akan tersungkur di muka pengadilan. Lama mana Anwar mahu berdalih serta berhelah untuk mengelakkan perbicaraannya. Sehari dua , mungkin boleh terlepas. Langit tidak selalu cerah , sepandai pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.

sumber - mykmu
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment

Waktu Malaysia

Incubus - love hurts

Followers