My photo
things i can describe bout myself: hardheaded, fun, love to make friends, simple, hardheaded, metalheads, loud, lousy sometimes, movies addiction, non-smoker, funny, straight edge, outspoken, dreaming a lot, love eating, cute, fat, love being myself. i wanna be what i want to be... i don't care wat kind of hardships i will face in my future.... I WILL FIGHT TILL MY LAST DROP OF BLOOD!!!

SEMBAH TAKZIAH DARIKU KEPADA DYMM SULTAN JOHOR


Semalam merupakan hari kemangkatan DYMM SULTAN JOHOR. Sultan yang amat disayangi oleh rakyat JOHOR amnya dan aq khususnya. Kehilangan yang amat besar bagi kami kerana DYMM SULTAN adalah seorang sultan yang amat tegas, berjiwa rakyat dan sentiasa memikirkan hal yang terbaik untuk rakyatnya. aq sebagai rakyat JOHOR amat berbangga menjadi rakyat negeri Johor atsa usaha baginda kami sebagi rakyat JOHOR dapat mengecap kekayaan dan kemakmuran yang terbaik di comparekan dengan negeri-negeri lain. Kami rakyat JOhor akan sentiasa merinduimu dan akan mengenang jasamu DYMM SULTAN JOHOR. Semoga ALLAH merahmati pemergianmu dan rohmu sentiasa dicucuri rahmat. AL_FATIHAH




Category: 0 comments

Suara dari seorang RAKYAT MARHAEN kepada ADUNNYA

Aq dilahirkan di MUAR, dibesarkan di MUAR dan INSYAALLAH ku ingin berbakti di MUAR. Namun begitu, aq sebagai seorang rakyat biasa, mempunyai satu kuasa dan keinginan untuk memastikan tempat tumpah darahku maju dan permai. Alhamdulillah kerajaan negeriku yang ditadbir oleh kerajaan BARISAN NASIONAL mampu memajukan daerah ku dengan jayanya sekali. tidak lah semaju kuala lumpur or petaling jaya, namun segala-galanya ada tanpa menjejaskan sedikit pun alam ciptaan tuhan ini. tahap sosioekonomi penduduknya semakin lama semakin meningkat. aq bersyukur sangat.

Namun begitu selepas PRU 13 tahun sudah, kedudukan BArisan NAsional yang aku sokongi agak tergugat hasil daripada penyatuan parti-parti pembangkang yang membentuk pakatan rakyat. Rakyat negeriku terasa pijarnya juga kerana beberapa kawasan parlimen dan ADUn yang dahulunya dikenali sebagai kubu kuat BARISAN NASIONAL tewas kepada pakatan rakyat. Ini termasuklah kawasan ku iaitu PARLIMEN BAKRI yang jatuh pada tangan DAP dan ADUN SG ABONG yang jatuh pada tangan PAS.

Punca jatuhnya BN di kawasan aku tidak perlu aku beritahu disini. yang penting nya sekarang ini adalah mesej ku kepada ADUN kawasan SG ABONG MUAR iaitu YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM.

Sepanjang dua tahun ini, terus terang saya mengatakan disini bahawa tidak ada sebarang perubahan yang YB lakukan sepanjang Yb menjadi wakil rakyat disini. Saya tertanya-tanya dimanakah Yb sebenarnya. adakah Yb ini wakil rakyat bagi penduduk kawasan tempat saya tinggal?? sebagai contoh kami tidak pernah melihat Yb menghadiri majlis-majlis yang diadakan oleh penduduk tempatan walaupun dijemput? at least ada menghantar seorang dua wakil... itu sudah cukup bermakna bagi kami kerana kami merasa dihargai.

Adakah Yb menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan jujur dan ikhlas??? adakah Yb menjalankan tugas yang diamanahkan? namun begitu bagi saya sebagai penduduk dan pengundi di kawasan ini merasakan yang Yb seperti ORANG BUTA. Yb tidak turunpadang melihat kawasan Yb. Jalanraya rosak berlubang Yb buat macam tidak nampak. Baru-baru ini saya membuat aduan di blog rasmi Yb namun tiada susulan dibuat. Mungkin apabila membabitkan nyawa pengguna baru lah Yb nak bergerak yea???



saya lihat Yb lebih banyak menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh Parti Yb sendiri. Yb tidak menghiraukan apa yang terjadi pada kawasan Yb. Yb fikirkan, jika tidak ada kami sebagai pengundi di kawasan Yb, Yb tidak akan merasa apa yang Yb rasa sekarang ini.. Yb pemimpin yang baik sentiasa mengutamakan rakyat nya bukan kepentingan peribadi Yb.


BERKATA AQ DALAM DIAM!!!

Category: 0 comments

ISU MENGENAI PENGGUNAAN NAMA ALLAH




Isu penggunaan nama ALLAH sebenarnya semakin meruncing pada pandangan aq. Tuntutan majalah HERALD - The catholic weekly mengenai penggunaan nama ALLAH dalam aktiviti agama mereka serta campurtangan dari orang islam sendiri yang menyokong penggunaan nama ALLAH merupakan punca awal hal ini berlaku. KENAPA??? pada pendapat aq, majalah Herald menggunakan nama ALLAH adalah untuk menarik orang melayu yang merupakan orang islam terpengaruh dan terkeliru dengan hal tersebut dan menyebabkan mereka mengconvertkan agama dari seorang muslim kepada seorang kristian. hal ini disebut sebagai KRISTIANISASI. bagi orang islam yang menyokong hal ini pula aq berpendapat bahwa mereka ini adalah kufur ( ulamak besar kita DR HARUN DIN) telah mengatakan siapa yang meyokong penggunaan nama ALLAH bagi orang islam adalah kufur dan mereka sebenarnya mendapat keuntungan yang besar dr hal ini hasil daripada wang yang akan diberikan oleh pihak gereja.

ini bukan menuduh tapi telah terbukti benar, anda masih ingat pada satu keluarga di pahang yang hidup susah. mereka telah didatangai oleh org2 dari gereja dan telah memberikan mereka banyak bantuan sehinggakan keluarga tersebut hampir2 nak mengconvert. benda ini bukan rahsia lagi. sebenarnya banyak kes telah dilaporkan tapi semuanya nampak macam orang buta. tidak kira la dari pemerintah ataupun masyarakat kita sekelilingnya.

Bila mahkamah tinggi membenarkan majalah HERALD menggunakan perkataan ALLAH dalam penerbitannya, baru lah masyarakat islam MALAYSIA bangun untuk menyampaikan bantahan mereka terhadap hal tersebut. haii... sudah terhantuk baru terngadah. apa kes.... time ni nak demonstrasi di semua negeri, masjid2 dan lain-lain tempat lagi. kenapa sejak dari awal lagi kita tidak perjuangkan lagi. lagi satu hakim yang mengadili hal ini bukan dari kalangan ORANG ISLAM, nampak sangat yang hal ini sebenarnya menunjukkan kelemahan orang islam itu sendiri. DI MANAKAH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI yang berhak dalam menentukan hal2 berkaitan agama islam.

namun begitu, baru2 ini mahkamah telah menangguhkan penggunaan nama ALLAH oleh pihak majalah HERALD. baguslah. tapi mengapa tangguh??? kenapa tidak dibatalkan terus??? sampai bile nak tangguh??? fikirkan... di kalangan pemimpin pembangkang, terdapat 3 pihak iaitu yang menyokong, yang menentang dan yang wat xtau.... sampaikan ade seorang pemimpin pembangkang menggunakan isu ini untuk mengambil kesempatan mengdivertkan isu beliau yang akan dibicarakan tidak lama lagi. lagi satu pemimpin ini adalah seorang pemimpinn lidah bercabang kerana inginkan kuasa dan undi sanggup membohongi dan mengkhianati bangsa sendiri. sementara yang satu lagi yang wat xtau adalah golongan yang kononnya alim ulama, akan tetapi mereka seolah memakai serban itu hanyalah utk berfesyen. kebiasaannya orang yang memakai serban adalah orang yang PIOUS or orang yang TINGGI ilmu agamanya. sekarang ini, orang tersebut telah termakan hasil dari caci mereka sendiri. ini semua balasan tuhan.

baru2 ni kita dikejutkan dengan kes pembakaran gereja dan surau. bagi aq ini adalah satu permainan kotor yang dilakukan oleh pihak yang mempunyai kepentingan. yela, mereka mengharapkan akan timbulnya hal seperti 13 mei dahulu dan orang2 ini akan mengambil kesempatan terhadap hal seperti ini untuk menjadi jaguh dan sekaligus memerintah. kisah seorang pelajar ASWARA (MOHD TASYRIF) yang ditangkap kerana menghantar komen yang berbau hasutan di facebook adalah penerus kepada kisah ini. kenapa MENTERI DALAM NEGERI hanya berdiam diri??? hari itu beliau berkata bahwa, barangsesiapa yang membuat perkara yang boleh mengancam keselamatan negara akan dikenakan ISA. oleh itu apa ditunggu lagi. tunaikan dan lakukan seperti apa yang dikatakan itu... AYUH!!!!




Cuba kita fikirkan dengan penggunaan nama ALLAH dikalangan orang bukan islam, anda hendak ke anak cucu kita menjadi seperti mereka yang terdapat di gambar diatas. terkeliru!!! gambar diatas menunjukkan satu ajaran sesat yang muncul di INDONESIA yang dipanggil ajaran ISLAM EDEN atau LIA EDEN. pengasasnya LIA dikatakan boleh berkomunikasi dengan MALAIKAT JIBRIL dan dikatakan IMAM MAHDI. beliau berpendapat bahwa semua tuhan orang islam buddha, kristian adalah sama. ANDA HENDAK ANAK CUCU KITA JADI MACAM NI??? bende ini dah terbukti di INDONESIA hasil daripada liberalnya islam disana. penggunaan nama ALLAH oleh gereja kristian disana. orang islam boleh berkahwin dengan orang agama lain... sudah terang lagi bersuluh nak kita jadi seperti mereka. sentiasa dilaknati ALLAH dengan bala bencana yang diturunkan. NAUDZUBILLAH .. SEDARLAH!!!!


BERKATA AQ DALAM DIAM...
Category: 0 comments

Damn!!! menyirap darah aq td

Tadi siang.. lepas kelas, aq berhajat la nak p CIMB kat usm ni. aq ade dua hajat yang first aq ingat aq nak bayar duit PTPTN. mak aq xtau yang aq bayar lambat, kalo die tau mampos aq. hehehe. yela dh pinjam pastuh dpt scholarship kan kene la bayo, ade la dalam 13000 nak kene bayar, tapi skang baki tinggal 9k lebih je ea... then hajat aq yang kedua adalah nak bukak akaun kat cimb, ye la nak menabung skit2, kalo sesak2 leh pakai duit ni. tapi aq dh janji, sekali2 aq xkan sentuh duit ni kalo keadaan masih mengizinkan.

aq sampai la di bank tersebut pada jam 11 pagi, memasok aq menjadi ponge (ponge ni kalau dikalangan membe aq kat muwo ckp maksudnya MACAM ORG BODO). yela xtau pape. aq try tanya pak guard tu, Pakcik tuh leh plak sibok layan membe die sembang2. hangin dh aq. dan die pon wat xtau jek. aq pon terpk gak, mungkin pakcik tuh pak guard tempat len , masok situ sbb ade urusan bank kot. so, aq memandai la dengan yakin pg cr yang sesuai.

aq terpandang kat atas tjk slip tuh cite pasal ptptn. aq amik then die mintak sspn. aq dulu mane ade sspn mase pinjam duit ptptn dulu. xpela, aq try tny lagi, seb bek pak guard tuh jenis ade budi bahasa skit. die intak mahap kat aq sb xlayan aq. aq tny die, sy nak bukak akaun and nak bayar duit ptptn. die siap amikkan kertas slipp yang betul dan no giliran utk aq. terima kasih pakcik.

then aq dok la kat kerusi yang disediakan. no giliran aq mase tuh adalah 7004 maknanya aq menggunakan khidmat kaunter yang kat tepi tuh bukan kaunter yang utama. mase tuh ade no dh 7002. ade dua org customer kat 2 kaunter and satu kaunter lagik xde org. tp yang aq panas nye yang kaunter satu tuh bukak. dok kejap, pastu die leh kuar pg beli makan. ape salahnya layan aq dulu ke ape kew., kebulur sangat ke kak. 10 minit aq tgu xpanggil, 20 minit tgu xpanggil, 1/2 jam tgu xpanggil, jejak jek 40 minit aq bangun aq ckp kat pak guard tuh. BILE SAYA NAK DILAYAN DEKAT 1 JAM SAYA TGU, SAYA PON ADE URUSAN LAIN GAK... dengan sore yang meninggi, sume org tgk aq. aq wat bodo jek la pg mampos. then baru nak panggil aq. hangin satu bada aq.

mase isi borang wat akaun tuh aq wat2 macam org bodo. xreti ape. biarkan sapa suruh aq tgu lelama. padan muke. spttnya bende tuh leh siap dalam mase 10 minit, dh jadik satu jam. haram jadah... ingat aq pakai selekeh2 xde duit ke. yela pakai t-shirt hitam (baju AS I LAY DYING aq), dengan bangle kat tgn, headphone kat leher, ingat aq sengkek kew. sori skit. aq pantang gile ngan birokrasi2 ni.... haaaaaaa...... nak tunjuk terer. skang sape lagi terer. don't judge a book by its cover ok!!! haissssshhhhhhhhh
Category: 0 comments

Org paling cun dalam dunia


GAMBA NI DIAMBIL MASE AQ UMO SETAHUN 6 BULAN DENGAN MAK NGAN AYAH AQ... CUN KAN MAK AQ... BAPAK AQ ENSEMKAN... HEHEHE

ni aq nak kenalkan kat korang. org yang paling cun dan lawa dalam dunia. korang sebut la sape, JOJO ke, J LO ke, PARIS HILTON ke, sume x... yang paling cun bagi aq nama die JAMALIAH BTE MOHYEN. korang nak tau die ni sape... die ni la mak aq. hehehehe... skang ni die dh 55 tahun, bulan 9 ni die pencen... uhuhu... mak aq dh tua. kenapa aq ckp die paling cun, sbb dalam dunia ni die la satu2 nya mak aq yang paling aq hargai dan paling aq sayangi. walaupun mak aq ni kuat bebel tp aq tau die bebel sbb die sayang aq ngan adik aq. xde org yang dapat ganti tmpat mama... MAMA THANX SBB BESARKAN ABG SAMPAI ABG JADI CMNI.. MAMA MANJAKAN ABG, BELAI ABG, BAGI ABANG PENDIDIKAN AGAMA DUNIAWI DAN UKHRAWI YANG CUKUP, BAGI ABG MAKAN MASAKAN MAMA YANG BEST, MAMA MMG SPORTING, MAMA BANYAK BERKORBAN UTK ABANG. ABG XDAPAT NAK BALAS BUDI MAMA... ABG JANJI DENGAN MAMA YANG ABG AKAN JAGA MAMA SAMPAI BILE2... ITU JANJI ABG... ABG MINTAK MAHAP KALO ABG ADE MENGGURIS HATI MAMA... ABG XDE NIAT MAMA.... TP ABG TAU MARAH2 MAMA, MAMA TTP SAYANGKAN ANAK2 MAMA.... MAMA ABG RINDUKAN MAMA....


P/S:berlinang air mata aq beb tulis mendealah ni... huhuhu... pedulik ape korang nak gelak ke ape... yang penting AQ SAYANG MAK AQ....
Category: 1 comments

Perluke nak behave macam tuh....






ni laaaaa.... Mrs Rafiq... my only one!!!! nak ngurat!!! langkah mayat aq dulu


malam ni aq agak bengang la ngan Mrs Rafiq yang agak jauh di mata tp dekat di hati... die janji ngan aq yang die akan spend mase ngan aq weekend coz from onday to thursday die bz with classes. xpela aq sebagai seorang husband yang memahami beliau kenela mengconsiderkan ape jua yang berlaku terhadap die.

aq tgu die satu hari ni. message die pon leh kire, die hanya kol, tapi just for a while. agak bengang la tgk Mrs Rafiq ni. ye la aq mmg agak bz hari ni coz aq ade discussion for presentation dis friday. tp aq ttp tgu message die, yang die tau hanya spend mase ngan kengkawan die a.k.a rummate die watching movies whole day by ignoring me... it feels like shit...

tp pape pon aq ttp sayangi die sepenuh hati aq. xpela aq terima la ape die wat kat aq. disebabkan sayang biar ape jua terjadi cinta aq dengan die xpenah terpadam.... mama jangan lupe yea tayangan perdana LU PIKIRLAHSENDIRI..... DATANG LA MAMA!!! MUAHXXXXX!!!!
Category: 0 comments

baru ade mase...

Hye everyone.. ari ni baru ade mase nak menatap kat blog ni. yela mgu2 penuh dengan kelas, mengadap kertas-kertas yang akan membenakkan pale otak aq dengan penuh ketepuan ni. hurm, at last baru ade mase malam sabtu yang permai nan indah ni aq mempunyai keinginan untuk mencoretkan sesuatu kat blog aq ni.

actually banyak bende berlaku kat aq minggu ni dan minggu lps. last week pg jumpe si die kat kl. saja jenjalan. quite fun tp yang xfunnya banyak duit abis sbb shopping hehehehe.siap memonteng kelas lagik hahaha and akibatnya aq xsign up for tutorial slot sampai lecturer cari aq. namun masalah tersebut berjaya disetelkan dengan sebaiknya. week ni actually baru start kuliah penuh and tutorial. next week dh kene present. tp xpela present awl2 leh lepak2 skit. xlabercantum dengan asement yang akan melambak gile pada hujung sem sok.

aq quite sad la coz have to drop german course coz mase aq banyak gle sem ni.. aq amik 7 subjek. macam amik spm jek dah aq tgk aq ni. huhuhu. lagi plak aq sem ni aktif skit ngan sport ape sume. nak merayap nak p sarawak la ape la.. huhuhu... so aq rase macam xleh bawak jek sem ni. tp xpela sem depan leh amik lagi. sampaikan madam SITI WALTRAUD MAYR pon keberatan nak lepaskan aq....

sambil dok2 melayan lagu sambil mengisap rokok semporna (fav aq ni), aq terpikir yang dunia ni adil ke utk sume orang ni. yela kengadang kite tgk org len senang jek dapat ape yg diorang nak. xmacam kite kene struggle kalo nak dapat sesuatu. tp papepon bile satu usaha dijalankan dengan tawakal kalau kite dapat bende yang kita nak tuh kita akan dapat satisfaction. mmg orang ckp LUCK memainkan peranan. tp tuh sume keje Allah kan kite merancang and die tentukan.
Category: 0 comments

ICH LIEBE DEUTSCHLAND!!! I LOVE GERMANY!!!


Assalamualaikum... Gutten Tag Alle!!! (Good day everyone!!!) it's have been 3 days i didn't updated my blog bcoz of the classes which is full from 8 am till 5 pm... i will be back soon, posting the new entries and giving my views bout everything happens around me... Currently i am struggling myself to change and becoming a new man with a new attitude. also i am enthusiastic learning GERMAN language... i love it... i hope one day my dream to further my studies in GERMANY will came true!!! INSYAALLAH... DREI JAHRE NACH DEUTSCHLAND!!! (3 YEARS TO GERMANY)!!!
Category: 0 comments

APA YANG PRO-M PERJUANGKAN???

Pagi tadi aq bangun nak pegi kelas. ada satu flyers melekat kat bawah pintu bilik. bila ku baca, owh artikel dari PRO-M... pagi tadi xsempat nak baca. so aq amik la kesempatan membaca ketika balik kelas tengahari tadi. dalam banyak2 isu yang boleh dibincangkan kenapa ISU PILIHANRAYA KAMPUS MENJADI PILIHAN??? aq menjadi pelik, mereka seolah-olah ingin sangat berkuasa dan menukar arah universiti mengikut acuan dan pandangan mereka sendiri. mengapa mereka tidak membincangkan isu bagaimana hendak meningkatkan cgpa ataupun berhemah dalam berbelanja kerana sem ini semua pelajar ptptn dapat pinjaman mereka sepenuhnya (yuran masih lagi belum dipotong.

mereka menyalahkan pihak HEPP kerana terus membisu dalam isu pilihanraya kampus dengan mengatakan bahawa mahasiswa hanya dibiarkan berkuliah dan tidak terlibat dalam hal politik kampus? what the heck he is talking about. sebagai pelajar universiti APEX apa kewajipan anda yang paling utama. yup STUDY.... keluarga anda mengharapkan anda bila keluar nanti memiliki segulung ijazah dan juga kerja yang baik. namun mereka seolah2 menolak hal ini, kerana bagi mereka berpolitik dalam kampus itu adalah penting.

Memang aku akui mahasiswa sekarang ni agak kurang dari segi soft skills, namun begitu, jika soft skills ini digunakan untuk satu bende yang boleh mengaibkan orang lain dan membenci kerajaan. adakah itu yang mereka inginkan??? generasi baru yang tidak tahu erti bersyukur dan membenci kerajaan yang selama ini banyak memberi bantuan dan kesenangan ketika kita menghadapi saat sukar di kampus.

Setelah dikaji, rupanya mereka ini ingin menarik pelajar2 baru yang masih belum mempunyai pengalaman mengenai pilihanraya kampus. mereka ingin menarik pelajar2 baru mengundi mereka dalam pilihanraya kampus akan datang. oleh itu, tidak hairan lah mereka mengeluarkan modal mereka membuat flyers dan menulis sebuah "KARYA" picisan mereka untuk tatapan pelajar2 baru dan sekaligus mempengaruhi mereka dengan dakyah2 sebegini. sudahlah...
Category: 0 comments

COR SCORPII - MONUMENT


COR SCORPII - MONUMENT



COR SCORPII




I've just got this album from my pal in NORWAY... this album has been out since 2008 and it is rarely found in MALAYSIA. Cor Scorpii which means Scorpion Heart is a BRUTAL FOLK MELODIC BLACK METAL... it is formed in 2004 after the death of WINDIR voc TERJE BAKKEN...

Monument is their first album and they also have recorded a demo ATTERGANGAR in 2005...
Their current members are:-


Current

  • Thomas S. Øvstedal – vocals
  • Stian Bakketeig – guitars
  • Rune Sjøthun – rhythm guitars
  • Inge Jonny Lomheim – bass
  • Gaute Refsnes – keyboards
  • Ole "Vargon" Nordsve – drums





Category: 0 comments

HANGEN SATU BADAN AQ MALAM NEYH.... ARRGGGGHHHH!!!!


NI BUKAN AQ... NI VOC BAND SUICIDE SILENCE.. MITCH LUCKER... SORE DIE GANAZ... AQ NAK JERIT CAM DIE



Malam ni apsal sume orang kat keliling aq nak wat aq hangen semacam je...

first gurl aq laaa, ptptn die dah kuar then, gle shopping semacam. kang hujung sem xde duit, pinjam org, xmakan, ni aq nak ngamok jek...

then, aq saja test gne kamera aq, saja amik gamba sesuka, apasal gamba sume simpan kat memory kamera ni??? haaaaahhhhh memory card rosak. ni keje adik aq la ni. bg pinjam kamera aq kat bf die pg genting ari tuh pastu jahanamkan memory card aq. ni aq nak NGAMOK ni...

then, aq td teringin nak makan oblong burger, dh la siap lambat, pastuh bagi orang len yang dtg lambat. kirenye org dtg lambat die dapat dulu... ni yang aq nak NGAMOK ni

then, aq post satu thread kat fb, ade la seorang hamba ALLAH ni sesuka hati jek nak mengata pasal atok aq, kuang aja betul. politik2 gak tp apsal nak babitkan atok aq.... ni yang aq nak NGAMOK ni

yang aq ni satu asyik "NI YANG AQ NAK NGAMOK NI" pehal... bile ko nak NGAMOK... asyik nak jek... NGAMOK nye xjuga... bodo betol.... arrrrgggghhhhhhhhh!!!! kalo bley skang aq nak jerit jek... huhuhuhu.....
Category: 0 comments

Aik nak wat demo plak... mcm xsbr jek nak p SG BULOH...


Anwar telah gagal dalam rancangan jahatnya untuk mengadakan PRK di Hulu Selangor. Beliau hilang kepercayaan kepada Prof Dr Zainal yang juga bekas Adun BN satu ketika dahulu. Dr Zainal banyak mendiamkan diri dalam isu-isu Anwar dan ini menyebabkan ia perlu disingkirkan.

Terbaru dan dalam perancangan Anwar ialah untuk mengadakan satu lagi demontrasi besar-besaran di ibu negara untuk mencari sokongan rakyat bagi menyerahkan satu memorandum kepada YDP Agong supaya mengampunkan beliau dari segala kesalahan dan tuduhan terhadap dirinya. Ia berkait rapat dengan isu liwat yang akan dibicarakan dalam bulan ini.

Anwar terlalu takut dalam tuduhan liwat kali ini. AMK juga telah berusaha mengadakan satu demontrasi LOVE ANWAR di dua lokasi iaitu Permatang Pauh dan Shah Alam. Kedua-dua program tersebut telah tidak mendapat sambutan dan gagal.

Demontrasi yang bakal diadakan sebelum kes liwat disebut di mahkamah merupakan usaha terakhir Anwar sebelum disumbat di Sungai Buloh, Kajang, Taiping atau Batu Gajah.

Kepada sesiapa yang mendapat mesej untuk berdemontrasi dalam bulan ini , sila abaikan dan jangan tertipu dengan alasan yang bakal diberi. Jemputan tidak akan menyebut tujuan sebenarnya, kita tidak mahu ada rakyat yang dipelawa naik bas ke ibu negara untuk satu lawatan percuma dan dibayar wang saguhati. Jangan nanti bila dapat RM150 seorang, berebut-rebut untuk turut serta tanpa mengetahui cerita sebenarnya.


KREDIT TO TAIPING MALI....

P/S: Kepada rakan2ku dan pembaca sekalian.... xpayah la korang pg... berbaloi ke dapat RM150, muke kene wanted, masuk jel... hahaha... hanya RM150, org len gelakkan korang diatas kebodohan korang.. die sesenang relax, korang pedih mata kene gas pemedih mata then kulit gatal2 kene sembur air ngan FRU... xpayahlaaaaaa buang mase.. bek dok umah, study, layan anak bini, cari rezeki halal. betul x???
Category: 0 comments

Aq MELAYU... Aq JAWA.. Aq jugak banjar.. KENAPA?? ADA MASALAH??


MY PARENTS!!!




FAMILY2 AQ KAT KAMPUNG PONTIAN


NI ATOK AQ (HJ MOHYEN) NGAN 2 PUPU AQ YANG KEJE AS PEMBACA BERITA KAT TV9... AMIR HAYAT



Aq bangga dilahirkan sebagai jawa di bumi MALAYSIA... mmg family aq baru 3 keturunan yang dok kat MALAYSIA ni.. tapi aq bangga sebab orang jawa ni kalau nak diikutkan majority kat malaysia ni especially negeri JOHOR... walaupon aq xla fluent sangat ngomong jawa, tp alhamdulillah sekurang2 nya aq paham bahasa jawa dan adat2 jawa. walaupon aq xla pure jawa, sbb ayah aq orang banjar, tp aq dididik cara jawa oleh ibu ku tersayang. bab banjar plak, hehehe aq xpandai sangat sbb bapak aq xjar sangat. arwah nenek ngan atok aq mmg gle pekat banjar die... kengkadang nak gelak pon ade bile dengar diorang cakap.

kat sini aq nak cite serba sedikit pasal family2 aq:

BELAH MAK AQ

meh aq nak cite skit pasal jawa keturunan aq. Atuk aq, HJ MOHYEN BIN KARSO, dilahirkan di jawa timur pada tahun 1913. Kini berusia 97 tahun dan masih berupaya pegi menyawit, baca newspaper (every artikel dalam surat khabar die baca), mengajar agama, imam kampung, dan berkahwin dengan ALLAHYARHAMAH SULATIN BTE HJ ISMAIL.. yang merupakan nenek kepada aq. tapi sayang nya aq xpenah tgk muka even gambo pon xde sebab kene rembat ngan orang... sbb mak aq ckp die meninggal mase mak aq umo 2 tahun. it means die meninggal masa tahun 1956. atok aq ckp die lawa.. hehehe... xtau aq xpenah tgk muke die.. atok aq tuh bukan xde org yang nak. ade tapi die xnk berkongsi kasih sayang dengan orang lain..

Atok aq ni dikurniakan 4 orang cahaya mata. first mak long aq, MOKMINAH, then mak ngah, FARIDAH, JAMALIAH (mak aq ni) then ALLAHYARHAM NASIR (Meninggal dunia ketika kecil). Mak long aq yang temankan atok aq kat pontian. Maklong aq ni sporting and jenis xkesa sangat. then mak ngah aq, skang dok kat kulai, mak ngah aq ni jenis suke manjakan aq ngan adik aq coz dalam family belah mak aq ni, cucu atok aq hanya aq dan adik aq. so apa kitorang nak dapat hehehehe.... jangan jeles.... pasal mak aq??? sat agi aq cite....


NI PLAK FAMILY BELAH BAPAK AQ....


Arwah atok aq ni nama die HJ SAMSURI BIN HJ HASHIM. bekerja sebagai penyawit dan pekebun durian sepanjang masa. orang len mase musim buah beli buah kat kedai. aq just balik kampung aq kat batu pahat ( just drive for about 45 minutes from my house), durian, langsat, pulasan, langsat, ciku sume ade... nak xnk jela... heheheh.... pastu arwah nenek aq namanya HAJAH BASTIAH BTE ABD KARIM. Arwah nenek aq ni mase hidup dulu mmg aktif dan pernah dapat PINGAT JASA NEGARA sama dengan ATOK aq. die mmg aktif dengan UMNO, RISDA, KEPAK dan lelain. jual zhulian. walupon sakit buah pinggang namun semangat die nak aktif xpenah padam. ramai org ckp muke aq ngan mke arwah nenek aq sama. sbb tu bile org jmpe aq sume akan ingat arwah nenek aq (menitis dah air mata aq... rindu die sangat)..

Atok aq meninggal pada disember 2007 dan nenek aq 5 bulan sebelum tuh... diorang dikurniakan 6 orang anak, 3 lelaki 3 perempuan. yang pertama MASHITAH (MAK LONG), kedua MUJILAN (bapak aq a.k.a PAK LONG), MASTIAH (ACIK), ABD MALIK, (PAK NGAH), LATIFAH ( MAK USU), AZMAN ( PAK BUSU), Mak long dikurniakan 6 orang anak... kini tinggal di mersing, then, bapak aq, 2 orang jek anak die, aq ngan adik aq, acik aq 3 orang, sume lelaki, pak ngah aq ade 5 orang, mak usu aq ade sorang jek and pak busu aq ade 5 org. so kalo skali skale kumpul mmg penuh la umah. pack... nasib baik umah arwah atok aq jenis umah limas... die punye ruang tamu jek leh wat main futsal... hehhehe....

ni plak pasal family aq... ayahandaku MUJILAN BIN SAMSURI, anggota keselamatan(POLIS) specialist in KOMUNIKASI, kini bertugas di PASUKAN GERAKAN AM BATALION 6 (PGA BAKRI MUAR)., die keje sini dh 27 tahun dan die kata die nak abiskan keje die kat sini gak. then my mum JAMALIAH BTE MOHYEN... working as a nurse at HPSF ( HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH)... adik beradik aq xramai 2 orang jek... aq kora ng xpyh tau and adik aq NURHIDAYAH BINTI MUJILAN berumur 21 tahun dan kini tgh wat degree kat UITM SHAH ALAM....

kitorang bukan la jenis org kaya. hidup agak sederhana tapi alhamdulillah agak mewah... mak aq slalu pesan, apa gne ko kaya skali pon tp kalo rezeki xberkat, hati xkan tenang. and yang penting jangan tinggal solat. insyaallah hidup senang...




Category: 2 comments

PRK HULU SELANGOR AKAN DIADAKAN???

Just mendapat perkhabaran yang PRK bahagian HULU SELANGOR lemungkinan akan diadakan kerana ahli parlimennya Datuk Dr Zainal dikatakan tidak dapat menjawat jawatan sebagai ahli parlimen kawasan itu kerana kerap kali sakit...

Ini bagi saya satu peluang balik kepada UMNO SELANGOr yang sememangnya tidur kerana dengan berlakunya pilihanraya ini akan dapat membangkitkan mereka. ye la sebab, chief UMNO (D.S Najib), menjadi chief bagi negeri SELANGOR dan ini adalah langkah untuk mengembalikan selangor kepada BN. Insyaallah.

selain itu, pilihanraya ini juga bakal menentukan tahap sokongan rakyat terhadap PAKATAN HARAM tersebut sama ada mereka masih mempunyai sokongan yang kuat daripada rakyat atau tidak.

Tentang hal pilihanraya ini, ia akan diumumkan oleh PENASIHAT PAKATAN HARAM tersebut DSAI dalam masa terdekat... INSYAALLAH
Category: 0 comments

Waktu Malaysia

Incubus - love hurts

Followers